Showing posts with label Me and Work. Show all posts
Showing posts with label Me and Work. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Wordless Wednesday - Ashman

Salam Nuzul Quran semua...


 Oh Ashman, U made my day. *pengsan*


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Tuesday, 16 August 2011

Semalam PM Najib datang berbuka di sini



 Salam Selasa semua.

Semalam aku berbuka puasa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Seronok juga sebab makanannya sedap-sedap.

Nanti kita citer lagi yer. Tengah nak siapkan kerja sekejap.




Tata!!!





Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Thursday, 11 August 2011

5 Kerajaan Negeri dah umum nak bayar bonus, Kuala Lumpur bila lagi?

Hai, Goodmorning. Happy Thursday ols.

Alhamdulillah, doa aku dan kawan-kawan yang membaca entry ini  akhirnya dimakbulkan. Walaupun bukan 2 bulan, tapi at least separuh gaji tu pun dah syukur. Boleh lah kita semua guna untuk belanja Hari Raya Aidilfitri nanti. Yer dok? Hehe

Tapi ada lagi berita yang lagi menarik. Petang semalam sebelum balik kerja, aku sempat lah baca news di Bernama.com. 3 Kerajaan Negeri umum nak bagi bonus kepada penjawat awam mereka. Bonus separuh gaji. 3 Negeri yang bertuah adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Tapi bila aku dengar berita semalam, dah 5 Kerajaan Negeri rupanya umum nak bagi bonus kepada penjawat awam mereka. 2 negeri bertambah!! Mak aih, best nya..

Tetiba rasa happy pulak dengar sebab kerajaan negeri pun prihatin nak kasik bonus. Best lah kepada sapa-sapa yang kerja di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Kiranya mereka dapat gaji penuh lah untuk raya ni.



Gaji penuh + 2x bonus (Bonus yang PM umum +bonus kerajaan negeri umum) = Double Gaji!!!!!



Alhamdulillah, rezeki di tahun 2011. Yer dok?


Tapi sekarang ni aku duk pikir-pikir, Kuala Lumpur bila lagi nak umum bonus ni? Tak mau ikut jejak 5 Kerajaan Negeri ni ker? Hahaha.



p/s: Datuk Seri Ahmad Said, boleh tak bagi juga bonus kepada penjawat awam anak Terengganu yang bekerja di Kuala Lumpur? Please * sambil buat muka kesian *

p/s/s: Cubalah bersyukur sket. Aih. Bagi betis nak peha. Lempang ni kang. Hehe


= = = = = = = = = =



KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan merupakan lima kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.

Di KOTA BAHARU, kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para persara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Langkah itu diharapkan dapat meringankan beban kakitangan kerajaan negeri bagi membuat persediaan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Rabu.

Husam berkata mesyuarat itu turut meluluskan cadangan menswastakan projek pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu sejauh 69 kilometer dengan kos RM1.4 bilion.

Di IPOH, kerajaan negeri Perak hari ini juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.

"Semua kakitangan termasuk yang berkhidmat dengan agensi milik kerajaan negeri akan menikmati bonus itu. Kita juga akan minta pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bonus kepada kakitangan mereka," katanya.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.



-- BERNAMA 

= = = = = = = = = =


Gambar ihsan: Google



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Wednesday, 10 August 2011

Wordless Wednesday - Network Problem


Gambar ini menunjukkan bahawa aku sedang protes dengan network kat office. 
Sebab tak boleh nak terjah blog kawan-kawan.









p/s : maaf, tak dapat ke blog kawan-kawan. Pity me ):




Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Tuesday, 9 August 2011

Isi Borang Cuti

Syhhhhhhhhhhh....

Aku baru sudah isi borang cuti. Moga-moga bos approve cuti Hari Raya Aidilfitri aku.

Aku apply cuti dari 26 Ogos 2011 - 4 September 2011

Yeay!!!!



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Thursday, 4 August 2011

Sejuk beku... Sejuk ketor... Sejuk Kejung

Opis aku sangat-sangat sejuk harini.
Tangan aku rasa sangat kaku. Darah macam tak mengalir. Darah jadi bertompok-tompok.


Ni tangan kiri. Nampak tak tompok-tompok di tangan kiri ku ini? 
Kalau tak nampak, tak tahu lah nak cakap caner lagi.
Ni menunjukkan suhu kat opis memang di paras beku!



 Ni tangan kanan. Yang tangan kanan ni tak nampak sangat tompok-tompok nya sebab
pencahayaan yang lebih. Hehe.


Memang sumpah sejuk lah.

Kat kaki pulak, kalau di cucuk dengan jarum, darah pun segan nak keluar. Shy-shy cat gitu. Sebab memang darah rasa beku. 

Rasa macam musim sejuk masa duduk kat London plak. Erk!!!





p/s: Aku tak pernah duduk London. Pergi pun tak pernah. Hehe


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Tuesday, 2 August 2011

Jumble Sale Part 1

Jumble Sale merupakan acara tahunan yang dijalankan di tempat kerja aku ni. Memang sangat meriah. Macam-macam aktiviti yang diadakan. Ada jual-jual, ada pertandingan, ada karok and many more. It was fun!

Jumble Sale yang diadakan setiap tahun ini adalah anjuran BENITA (Persatuan Suri dan Anggota Wanita BERNAMA).  Ia bukan sahaja untuk kakitangan BERNAMA tapi juga boleh disertai oleh orang luar. Macam tempat kerja aku ni berdekatan dengan National Library so kakitangan National Library pun ada join aktiviti kat sini. 

Aktiviti ni boleh mengeratkan silaturahim lah. Sebab masa ni lah kita boleh kenal orang-orang di tempat kerja kita. Even 1 building tapi tak semua kita kenal orang kan. HEHE. 



 Banner untuk Jumble Sale.  Cute jer kan.



Setiap staf dapat kupon kat atas ni. Kupon ni sangat penting. Penting lah sangat kan. Ni kupon untuk cabutan nombor bertuah. Tapi seperti biasalah, takda lah bertuah sangat pun. HEHE. 

Aktiviti-aktiviti yang diadakan pada Jumble Sale ni akan aku ceritakan di next entry yer. Penat dah naip ni. HEHE


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Thursday, 21 July 2011

Salam Khamis

Mow-Nink....

Pagi ni aku ke office agak lambat. Tak tau lah kenapa. Bangun dah awal, kul 6.45 tapi gatai pegi snooth alarm. Dah bunyi banyak-banyak kali, aku terus off alarm tu. Bising jer bunyi alarm pagi-pagi. Aih... (padahal alarm lah yang membantu aku bangun pagi-pagi.. Nak harap bangun sendiri, memang hari-hari terlajak lah gamaknya). Bila dh off kan alarm, aku pun tido balik. Tetiba aku terjaga, arghhhhhhhhh.......dah kul 7.30 rupanya. Adoiii Adoii.....

Aku pun tak terus bangun. Cari mangsa untuk ku kacau, ku telefon dan yer, borak-borak sampai kul 8am. WHAT THE HALLLLLLL....... Terus kelam kabut cari towel, tapi lepas tu takder dah kelam kabut sebab memang tau ku akan lambat. Pas mandi, bukak TV dulu dengar HOTFM di TV, pastu gosok-gosok baju. Aih, semua-semua settle kul 8.45. HAHAHA

Kuar rumah leh lagi lenggang-lenggang pastu ke LRT. Nasib baik lah LRT hari ni tak problem. Aku sampai LRT station, terus LRT ada. Aih, tau-tau jer aku dah lambat. KEKEKEKE

Ok, dipendekkan cerita, aku sampai office pukul 9.30am. HEBAT KAN? HAHAHA. Hebatlah sangat. Punch card merah woooooo. Sape suruh bangun lambat kan. HEHE :p


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Thursday, 14 July 2011

Unit Kami dah jadi Library!

Korang penah tengok tak simbol ni?


Tolong Diam!!!!!
*Image taken from here



 HAHAHAHA.....

Pagi ni unit aku dapat warning dari orang-orang di unit sebelah. Mereka suruh kami sumer diam. KAHKAHKAH...

Kami di unit ni memang bising. Tak dinafikan.  Sebab unit kami majoriti muda-muda yang baru habis belajar. Unit lain ada juga mereka yang memang dah senior. So keupayaan mereka untuk membuat bising tu memang taklah  kan. So di unit kami ni, memang sokmo bising.

Tak kira masa, ada bos or takda bos, memang kami bising. Tapi bising kami tak bermaksud kami tak buat kerja k.  Kerja kami stress jadi kami di sini memegang prinsip, JANGAN STRESS KAN DIRI KITA.  So bila dah penat buat kerja, kami akan berkumpul dan borak-borak. Bila borak-borak, ada lah gelak-gelak kan.

Pagi ni kami memang terlebih gelak sebab bos kan takda. Bos kami MC so kami pagi-pagi lagi dah berkumpul, buat-buat lawak bagai. So orang di unit sebelah pun sound. Tapi sebab bising kami di tahap melampau, kami tak dengar kami di sound. Orang yang sound kami tu akhirnya buat status di Facebook. WAKAKAKA..

Status orang tu memang marah lah. Perli kami. So kami baca. Bila baca, kami semua mengaku memang salah kami tapi rasanya tak perlu lah dia nak buat status kat facebook kan. Bagitaulah kami betul-betul. Bila buat status di Facebook, tak pasal-pasal semua orang tau. KAHKAHKAH

So kami punya senior Executive bagi email, minta kami semua senyap lah pasni. So kami semua setuju untuk diam. Unit kami sekarang ni dah jadi LIBRARY. KAHKAHKAH

Yeay!



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!