Today...
Rasa sangat malas nak datang kerja.
Sebab dah dua hari saya demam plus cough plus sore throat. Semalam kemuncak demam sebab banyak kali kena mandi, panas badan.
Semalam walau demam, tapi ku paksakan diri juga untuk puasa. Sebab sayang nak tinggal. Puasa di bulan Ramadhan hanya setahun sekali kan.
Semalam dah plan, kalau badan tak kebah jugak, memang nak amik MC jer. Tapi pagi ni, Alhamdulillah, suhu menurun.
Kerja sepatutnya masuk pukul 8.15am tetapi aku datang kerja pukul 8.50am gitu. Kahkahkah. Sian bos aku ada pekerja yang tak berapa nak cemerlang gini.
Tapi aku syukur demam + sakit tekak ni datang sebelum raya. Kalau raya, kesian kat makanan-makanan yang ada kat rumah nanti sebab takda orang nak habiskan. Hehe.
Oh ye, sepanjang puasa ni, berat aku turun dengan banyak nya. Timbang hari Sabtu haritu, berat turun dari 51kg ke 47kg. Pity me.
Sebab aku ni jenis yang susah sangat nak naik berat badan. Makan banyak-banyak pun berat naik sikit jer. Jenuh sangat nak naikkan berat sampai 51kg dari 43kg.
So lepas puasa ni, aku berazam nak naikkan balik berat badanku.
Agak-agak selepas kahwin berat aku akan maintain macam ni or aku akan mengalami pertambahan berat badan?
Thanks awak sudi jengah dan baca!!!





