Thursday 11 August 2011

Siang Malam Siang Malam, Rupanya dah Genap Sebulan


 11 Julai 2011 - 11 Ogos 2011


Alhamdulillah..

Hari ini genaplah sebulan usia blog baru aku ni. *tiup lilin harijadi untuk blog*

Masa mula-mula terfikir nak buat blog baru ni, hati aku berbelah bahagi samada nak teruskan dengan blog lama or create jer blog baru. But after fikir tambah termenung tambah mencongak tambah muhasabah tambah redah, aku pun tekadkan hati untuk buat blog baru.

Bukan apa, aku sebenarnya sayang sangat dengan blog lama aku. Sayang sangat-sangat seperti saya sayang pakwe saya. * sejak bila kau ada pakwe ha?* Ok, gurau...

Blog lama banyak sangat meninggalkan kenangan. Ada juga yang tanya aku, kenapa nekad untuk buat blog baru. Jawapan aku, biarlah aku pendam kan sahaja. Sebab melibatkan orang-orang sekeliling juga. * bukan sekeliling, tapi orang jauh yang berkeliling *

Untuk teruskan buat entry di blog lama, aku rasa dah tak kot. Sebab once bila hati aku nekad untuk melupakan sesuatu, aku akan kotakan janji. Tu lah, jangan cabar hati aku yang lembut ni. Lembut-lembut pun boleh keras tau. Kahkahkah. 

Untuk delete blog lama, aku rasa nanti-nantilah aku delete sebab nak biarkan orang rindu dengan entry aku dulu. At least, siapa-siapa yang cari aku guna keyword nama aku, masih jumpa lah blog lama tu. Kang kalau delete kang, nangis pulak yang mencari tu sebab tak jumpa. Wakakaka..



Ok, ni entry first aku di blog baru. Newborn.



Sempena sebulan kelahiran blog ini, nah amik sikit sorang  macaron yang best ni. Jangan berebut-rebut yer. Kita share ramai-ramai. Hehe





Happy Birthday!!!!  Nyum Nyum Nyum


Yeay!!!




Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

4 comments:

  1. ehhh ni makaron hari tu lagi ke?
    cik nin ni betul2 suka yer makaron?
    apa kata hiasi blog ni ngan gmbr makaron...
    gantikan background pink tu ngan gambar makaron...
    baru laaa lazat & leleh air luir sambil baca blog.. heheheheh

    ReplyDelete
  2. ha ah, macaron hari tu lah abg....
    ha, gud idea tu abg.. apa kata abg tolong buatkan. baru lagi best dan lazat.. haha

    ReplyDelete

Tinggal Jejak