Showing posts with label In Memory. Show all posts
Showing posts with label In Memory. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

Siang Malam Siang Malam, Rupanya dah Genap Sebulan


 11 Julai 2011 - 11 Ogos 2011


Alhamdulillah..

Hari ini genaplah sebulan usia blog baru aku ni. *tiup lilin harijadi untuk blog*

Masa mula-mula terfikir nak buat blog baru ni, hati aku berbelah bahagi samada nak teruskan dengan blog lama or create jer blog baru. But after fikir tambah termenung tambah mencongak tambah muhasabah tambah redah, aku pun tekadkan hati untuk buat blog baru.

Bukan apa, aku sebenarnya sayang sangat dengan blog lama aku. Sayang sangat-sangat seperti saya sayang pakwe saya. * sejak bila kau ada pakwe ha?* Ok, gurau...

Blog lama banyak sangat meninggalkan kenangan. Ada juga yang tanya aku, kenapa nekad untuk buat blog baru. Jawapan aku, biarlah aku pendam kan sahaja. Sebab melibatkan orang-orang sekeliling juga. * bukan sekeliling, tapi orang jauh yang berkeliling *

Untuk teruskan buat entry di blog lama, aku rasa dah tak kot. Sebab once bila hati aku nekad untuk melupakan sesuatu, aku akan kotakan janji. Tu lah, jangan cabar hati aku yang lembut ni. Lembut-lembut pun boleh keras tau. Kahkahkah. 

Untuk delete blog lama, aku rasa nanti-nantilah aku delete sebab nak biarkan orang rindu dengan entry aku dulu. At least, siapa-siapa yang cari aku guna keyword nama aku, masih jumpa lah blog lama tu. Kang kalau delete kang, nangis pulak yang mencari tu sebab tak jumpa. Wakakaka..



Ok, ni entry first aku di blog baru. Newborn.



Sempena sebulan kelahiran blog ini, nah amik sikit sorang  macaron yang best ni. Jangan berebut-rebut yer. Kita share ramai-ramai. Hehe





Happy Birthday!!!!  Nyum Nyum Nyum


Yeay!!!




Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Monday, 18 July 2011

Pejam celik pejam celik, dah 13 Tahun Abah Meninggal

"Ku mencari bayang mu tiada
di langit biru, dilautan api
Kau hilang nan semakin jauh, 
hujung dunia kita berjumpa"

"Kau subur mewangi di dalam hati"


17 Julai 1998 - 17 Julai 2011


Setiap tahun, aku akan ingat tarikh ni. Tarikh yang sangat penting dalam hidup aku. Pada tarikh ni, aku kehilangan orang yang paling paling paling penting dalam hidup aku. *sedih*

Aku kehilangan Abah tersayang ketika umur aku 12 tahun. Bagi yang seusia dengan aku pada umur ni, percayalah korang pasti memang tengah bermanja-manja lagi kan. Even kalau di umur macam aku ni, 25 tahun, kalau Abah masih ada, confirm aku masih bermanja lagi dengan Abah.

Abah pergi di saat aku akan bertarung untuk UPSR. Sebulan sahaja lagi pada saat penting dalam hidup aku. Abah pergi tanpa kata.  *sebak*

Abah, pejam celik pejam celik, kejap jer kan masa berlalu. Rupa-rupanya dah 13 tahun Abah pergi.  Tapi kenangan bersama Abah masih ku ingat.  Abah, orang yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan. Abah, insan yang berjaya membawa aku menjadi orang yang berguna kini (dengan pelajaran yang diberikan) *nangis*



Ni lah insan yang paling aku sayang dalam hidup. Lelaki terbaik dan paling baik yang takkan aku jumpa lagi di mana-mana. Gambar ni aku tak edit sebab nak kekalkan originality.  Sebab aku dapat rasa ketika ini, Abah ada bersamaku. Abah. *nangis*


Abah, AZIZ BIN ALI, terima kasih di atas segalanya. Jasamu tetap ku kenang sampai akhir hayatku. Abah adalah lelaki terbaik dalam hidupku.



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!