Monday 15 August 2011

Sayu

Salam Isnin semua. 

Alhamdulillah, hari ini no Monday Blues. haha.

Sekarang, aku tengah dengar lagu raya di radio. 

Sayu sangat rasa hati ini bila dengar lagu raya. Tak tahu kenapa. Padahal sebelum ni officemates aku dah start pasang lagu raya. Tak da lah pulak nak rasa sayu. Tetapi pagi ni rasa lain macam pulak. Kenapa ya?

Erm... Bila radio sudah mula pasang lagu raya, it means kita sudah masuk ke pertengahan puasa. Itu juga menunjukkan bahawa Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk lalui Ramadhan kali ni tanpa rasa apa-apa masalah. Alhamdulillah, aku diberi kesihatan yang baik. Tiada demam, tiada selsema dan sebagainya. 

Tapi aku akui, Ramadhan kali ini masih tidak sempurna kerana aku dapat rasakan masih banyak lagi lompong-lompong yang aku tidak penuhi sempena Ramadhan kali ni. Ya, masih tidak sempurna.
Ya Allah, aku mohon agar Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan kali terakhir untuk ku. Bagilah aku kesempatan untuk lalui lagi Ramadhan pada tahun hadapan. 

Amin.



p/s: Kawan-kawan rasa tak macam apa yang aku rasa ni? Or hanya aku sahaja yang berperasaan begini?
p/s/s : Don't despair and never loose hope cause Allah His always by our side :)



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

10 comments:

  1. rajin nyer nulis..
    tp abg dah rasa sayu ari tu lagi bila dgr lagu dendang perantau kat mp3 dlm pc..
    lagu tu mmg plg shahdu antara lagu2 lain.. takde lagu lain yg bleh beat..

    insyaallah ok :D

    ReplyDelete
  2. erm.... pagi ni rasa nak menulis setelah berehat dua hari.
    sayu lagi rasa hati bila dengar satu hari di hari raya. adoyai.. dendang perantau tu tunggu nak balik kampung baru dengar.. kang ada yg nangis sedu2 nnti kang.. hehe

    ReplyDelete
  3. dikk samalah kita ..x per doakan kita bertemu lagi ramadhan tahun hadapan .. jgn sedih2 ok ..

    ReplyDelete
  4. akak....
    amin akak....
    sedih bila terkenangkan arwah abah...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah panjang umur. kita doa sama2

    ReplyDelete
  6. samer la kiter...
    eB paling sayu biler dgr lagu sepasang kurung biru.. sadis

    ReplyDelete
  7. eb..
    kalau berkesempatan, saya harap kita boleh raya sama.. :)

    ReplyDelete
  8. samalah...terdengar juga kat radio tadi...sayu sangat..lebih2 lagi jauh dengan kg halaman

    ReplyDelete
  9. saya selalu balik kampung tapi bila dengar lagu raya ni, rasa tak sabar nak balik raya.. huhu

    ReplyDelete

Tinggal Jejak