Thursday, 11 August 2011

Buah Beluluk? Buah ape tu?

Tadi aku tengok foto-foto. Sajer lah mengisi masa lapang di office. Haha

Then aku terjumpa tentang buah Beluluk. Buah apa tu yer?



Korang tau tak?



Then aku pun search lah di Google.

Oh rupa-rupanya buah kabung. Buah kabung best makan dengan ABC. Nyum nyum.

foto ihsan dari Google


p/s: pasni kalau ada orang tanya tahu tak buah beluluk tu apa, aku akan pantas menjawab "Buah Kabung!!!"


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

5 Kerajaan Negeri dah umum nak bayar bonus, Kuala Lumpur bila lagi?

Hai, Goodmorning. Happy Thursday ols.

Alhamdulillah, doa aku dan kawan-kawan yang membaca entry ini  akhirnya dimakbulkan. Walaupun bukan 2 bulan, tapi at least separuh gaji tu pun dah syukur. Boleh lah kita semua guna untuk belanja Hari Raya Aidilfitri nanti. Yer dok? Hehe

Tapi ada lagi berita yang lagi menarik. Petang semalam sebelum balik kerja, aku sempat lah baca news di Bernama.com. 3 Kerajaan Negeri umum nak bagi bonus kepada penjawat awam mereka. Bonus separuh gaji. 3 Negeri yang bertuah adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Tapi bila aku dengar berita semalam, dah 5 Kerajaan Negeri rupanya umum nak bagi bonus kepada penjawat awam mereka. 2 negeri bertambah!! Mak aih, best nya..

Tetiba rasa happy pulak dengar sebab kerajaan negeri pun prihatin nak kasik bonus. Best lah kepada sapa-sapa yang kerja di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Kiranya mereka dapat gaji penuh lah untuk raya ni.



Gaji penuh + 2x bonus (Bonus yang PM umum +bonus kerajaan negeri umum) = Double Gaji!!!!!



Alhamdulillah, rezeki di tahun 2011. Yer dok?


Tapi sekarang ni aku duk pikir-pikir, Kuala Lumpur bila lagi nak umum bonus ni? Tak mau ikut jejak 5 Kerajaan Negeri ni ker? Hahaha.



p/s: Datuk Seri Ahmad Said, boleh tak bagi juga bonus kepada penjawat awam anak Terengganu yang bekerja di Kuala Lumpur? Please * sambil buat muka kesian *

p/s/s: Cubalah bersyukur sket. Aih. Bagi betis nak peha. Lempang ni kang. Hehe


= = = = = = = = = =



KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan merupakan lima kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.

Di KOTA BAHARU, kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para persara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Langkah itu diharapkan dapat meringankan beban kakitangan kerajaan negeri bagi membuat persediaan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Rabu.

Husam berkata mesyuarat itu turut meluluskan cadangan menswastakan projek pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu sejauh 69 kilometer dengan kos RM1.4 bilion.

Di IPOH, kerajaan negeri Perak hari ini juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.

"Semua kakitangan termasuk yang berkhidmat dengan agensi milik kerajaan negeri akan menikmati bonus itu. Kita juga akan minta pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bonus kepada kakitangan mereka," katanya.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.



-- BERNAMA 

= = = = = = = = = =


Gambar ihsan: Google



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Wednesday, 10 August 2011

Wordless Wednesday - Network Problem


Gambar ini menunjukkan bahawa aku sedang protes dengan network kat office. 
Sebab tak boleh nak terjah blog kawan-kawan.









p/s : maaf, tak dapat ke blog kawan-kawan. Pity me ):




Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Tuesday, 9 August 2011

Isi Borang Cuti

Syhhhhhhhhhhh....

Aku baru sudah isi borang cuti. Moga-moga bos approve cuti Hari Raya Aidilfitri aku.

Aku apply cuti dari 26 Ogos 2011 - 4 September 2011

Yeay!!!!



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Monday, 8 August 2011

Jumpa EB Ten Little Fingers

Tengahari tadi aku pergi jumpa EB.

Minggu lepas masa aku baca entry EB, dia ada cakap nak gi buat check up kat IJN. 

Since IJN and office aku takda lah jauh sangat so aku cakap kat EB, nak jumpa dia. Aku tak pernah jumpa EB. So aku amik kesempatan ini untuk jumpa EB. Boleh kenal-kenal kan. Setakat baca di blog, apa salahnya kenal-kenal di alam nyata pula. Lagipun tempat kerja aku dengan IJN hanyalah sekangkang kera. Hehe

Aku buka blog EB sebab nak cari contact number EB. Nasib baik lah EB ada tinggalkan phone number dia. Aku col nak ajak jumpa. Memula janji kul 12noon tapi encik bos aku ni kuar lambat lah pulak. Dia rajin duk kat office hari ni. Aihh

Then aku hantar sms kat EB tanya EB akan ada kat IJN sampai kul berapa. Then kami bertemujanji.

Dalam kul 1 lebih, aku gi IJN dengan officemate aku. Aku ajak dia teman. Sajer ngade-ngade. Bulan-bulan pose ni macam malas plak nak jalan kaki ke IJN. So kami berkereta gi IJN.

Bila jumpa EB, sempat borak-borak sekejap jer. Maaf EB kalau saya (kata ganti diri untuk aku. Hehe) banyak tanya sangat yer. Sebab saya baru follow EB sebenarnya. Sebab sebelum ni just baca gitu-gitu jer. Sori. 

Anak perempuan EB; Aerish sangat lah comel. Pandai cakap plak tu. Suka sangat tengok Aerish. 

Tetiba masa duk borak-borak dengan EB tu, husband EB panggil sebab no giliran EB untuk jumpa doctor dah tiba. Alah, baru nak borak lama. EB minta diri untuk jumpa doctor dulu and sambung borak after jumpa doctor. Tapi aku terpaksa masuk office sebab masa rehat hanya 15 minit untuk bulan puasa. Sori sekali lagi EB sebab tak dapat tunggu EB.

Aihh... So aku sempat snap pic Aerish jer. 


Ini Aerish

Tapi aku ralat lah sebab tak sempat nak snap pic dengan EB. Takper EB, moga nanti kita dapat jumpa lagi k. InsyaAllah, moga panjang umur. 




Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Sesenduk siput sedut berharga RM3... What The Mahal!!!!!!

Ni entry untuk aku luahkan rasa marah dan rasa terkejut aku.

Sungguh, sepanjang 5 hari berpuasa, rekod aku bersih sebab tak pergi ke bazar ramadhan. 

Tapi masa balik Kemaman hari Sabtu lepas, aku teringin sangat-sangat nak pergi bazar sebab maklumlah, bazar ramadhan dekat jer ngan rumah aku kat kemaman tu. Aku ajaklah kawan aku pergi. Oh yer, aku sepanjang berpuasa ni, aku makan kat rumah jer sebab housemate aku masak and aku pun masak gak.. Sajer nak bagitau aku ni dah mula belajar masak *shy2 cat*.

Ok, back to our topic, aku jalan-jalan tengok makanan. Mak aih bila tengok semua makanan aku rasa nak beli semua jer. Punyalah nafsu kuat. Nafsu kuat makan lah. Hehe..

Mula-mula aku beli kerang. Kerang bakar RM5 sepolisterin. Ok aku tak kisah sebab kerang tu banyak. Tapi sebenarnya kalau kita beli kerang then buat sendiri lagi untung sebenarnya sebab kerang RM5 yang dibeli tu kita boleh dapat lagi banyakkkkkkkkkkk.

Ok, kendian bila dah beli kerang aku pusing-pusing lagi tengok apa yang patut untuk dibeli. Aku ternampak lah siput sedut. Mak aih, seleranya tengok siput sedut sebab siput sedut ni macam dah jadi favourite aku lah kan.


Aku : Mak cik, bagi siput sedut.

Penjual : RM3 yer. Boleh?

Aku : RM2 boleh tak makcik?

Penjual : Tak boleh dik.

Aku : Ok lah makcik. Saya nak.


Tengah-tengah aku cari duit untuk bayar, mak cik tu dah settle dah nak ikat bungkusan siput sedut tu. Aku pun hairan dan aku tanya makcik tu.


Aku : Makcik, tu jer?

Penjual : Siput sedut RM3 satu senduk jer dik. Sebab siput sedut mahal sekarang. Sekilo bla bla bla.


Aku pun pusing kiri dan kanan tengok ada orang tak. Kalau takda orang, aku nak cakap taknak kat makcik tu. Kejam tak? Bukan masalah kejam tapi aku sangat terkejut sebab memang sikit. Tapi malangnya, ada orang di sebelah aku. Nak tak nak, aku amik lah juga. Dalam hati aku, siput sedut kat Kuala Lumpur lagi murah. Sungguh, aku pernah beli harga RM3 tapi siput nya sangat banyak. *geram*

Aku balik rumah, masa dah berbuka, aku kira berapa ekor siput sedut dalam tu.

RM3 = 12ekor siput sedut jer!!!!!!!



Sekarang aku percaya lah bahawa orang ramai kata makanan di bazar ramadhan memang mahal. So ini adalah salah satu makanan yang mahal. Uwaaa


P/s: aku serik. Masak sendiri lagi bagus.
P/s/s: Tapi aku tak pandai lagi nak masak siput sedut.
P/s/s/s: Nak boikot gerai yang jual siput sedut di tempat aku tu.





Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Friday, 5 August 2011

Cuepacs minta 2 bulan bonus - Amin Amin Amin

Salam Jumaat.

Hari ini ada Good News

Adakah aku terlambat tahu mengenai berita ini?

Sebab ini berita semalam. Aku baru terbaca tadi di Bernama.com *ketinggalan zaman sungguh*

Ya Allah, semoga berita ini menjadi kenyataan. Hahaha..


= = = = = = = = = =


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.



-- BERNAMA
 
= = = = = = = = = = 

Ha, dah habis baca? Teruja tak?

Kalau tak teruja, tak tahu lah nak cakap macam mana. Hehe.



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!