Thursday, 4 August 2011

Sejuk beku... Sejuk ketor... Sejuk Kejung

Opis aku sangat-sangat sejuk harini.
Tangan aku rasa sangat kaku. Darah macam tak mengalir. Darah jadi bertompok-tompok.


Ni tangan kiri. Nampak tak tompok-tompok di tangan kiri ku ini? 
Kalau tak nampak, tak tahu lah nak cakap caner lagi.
Ni menunjukkan suhu kat opis memang di paras beku!



 Ni tangan kanan. Yang tangan kanan ni tak nampak sangat tompok-tompok nya sebab
pencahayaan yang lebih. Hehe.


Memang sumpah sejuk lah.

Kat kaki pulak, kalau di cucuk dengan jarum, darah pun segan nak keluar. Shy-shy cat gitu. Sebab memang darah rasa beku. 

Rasa macam musim sejuk masa duduk kat London plak. Erk!!!





p/s: Aku tak pernah duduk London. Pergi pun tak pernah. Hehe


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Kad Hawa dan Insurans

Peringatan! Aku bukan penjual Insurans. Take note.. hehe

Perghh siap buat merah bold lagi dekat peringatan tu. Bukan ape, saja nak stress kan bahawa aku bukan nak jual insurans pung.

Pagi tadi aku ada terbaca pasal Kad Hawa ni. Menarik jugak pasal Kad Hawa ni.

Ok, sebelum kita pergi lebih lanjut, masih ada lagi ker yang tak ada insurance? Jangan wooo.. Insurance sangatlah penting sekarang ni. 

Ada dua kejadian yang membuatkan aku rasa insurance sangat penting. Apakah? 

Kejadian 1:
Anak office mate aku masuk Hospital Pusrawi. Mak aihh mahal bebenor bil hospital dia. Nama office mate aku ni Kak Yong. Kak yong cakap, dia bernasib baik sebab ada insurance. So insurance cover bil yang berjumlah RM4k++ tu. Fuh Tanjat Boboi... Kak yong kata, mana nak ambil duit sebanyak RM4k++ tu if insurance tiada. Alhamdulillah.

Kejadian 2:
Pakcik aku eksiden. Eksiden tu sangat teruk tapi alhamdulillah, pakcik aku ok. Masa pemeriksaan kesihatan selepas eksiden tu, pakcik aku disahkan ada brain tumor. Ya Allah, semua orang terkejut sebab brain tumor pakcik aku dah di peringkat ke4. Pakcik aku ingatkan selama ni dia sakit-sakit kepala sebab migrain tapi rupa-rupanya adalah sebaliknya. Pakcik aku di warded lah. Baru 2 minggu lepas pakcik aku kuar wad di HKL. Masa aku pergi melawat dia, dia cerita dengan aku bahawa beliau sangat menyesal sebab tak ambil insurance dari dulu. Sekarang ni, bila dah sakit, memang chances dia untuk ambil insurance sangat rendah. Sebab syarikat insurance takkan terima bila seseorang tu dah sakit. 

So, dua kejadian di atas ni menyebabkan aku berfikir, lebih elok kiranya aku ada insurance. Biarlah keluar duit bulan-bulan pung. Tak rugi keluarkan RM150 sebulan untuk insurance sebab orang kata, sediakan payung sebelum hujan kan. Kita takkan tahu nasib kita pada masa akan datang. 


= = = = = = = = = =

Kad Hawa Tawar Perlindungan Insurans Hingga RM10,000

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Golongan wanita berumur 18 hingga 45 tahun kini berpeluang mendapat perlindungan insurans sehingga RM10,000 menerusi pemilikan Kad Hawa dengan kadar bayaran permulaan sebanyak RM10.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata Kad itu meliputi perlindungan ragut, kematian akibat kemalangan atau hilang keupayaan kekal, kehilangan wang tunai dan barang peribadi berharga serta rompakan di Mesin Pengeluaran Wang (ATM).

"Walaupun jenayah ini diklasifikasi sebagai jenayah kecil, ia juga boleh membawa maut seperti beberapa kes yang mendapat liputan akhbar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Hawa itu di sini.

Beliau berkata program dengan kerjasama RealRewards itu diperkenalkan khas bagi melindungi wanita yang sering menjadi sasaran utama dalam jenayah itu dan ia juga seiring dengan kempan Banteras Ragut dan Rogol (B2R) yang diperkenalkan pergerakan itu baru-baru ini.

Rosnah berkata perlindungan insurans untuk tahun pertama adalah percuma dan pemegang kad perlu memperbaharui kad itu untuk tahun seterusnya.

Selain itu, beliau berkata pemegang kad juga dapat mengumpul mata ganjaran dan memperoleh diskaun dari 1,300 rakan niaga RealRewards, antaranya KK Home Deco, Cars International, KL Bird Park dan beberapa syarikat produk kecantikan.

-- BERNAMA

= = = = = = = = = = 

Kepada yang masih tiada insurance, sementara sihat ni, aku nak nasihatkan better anda semua ambil insurance. Memang waktu ni kita tak nampak lagi akan kepentingan insurance tapi in future, who knows. 

Malang tidak berbau ! Sediakan payung sebelum hujan. 

Sekian :)


Image taken from here


p/s: Menarik juga Kad Hawa ni. Mau jugak!!!


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Doakan kebahagiaan mereka (:

Sekarang ni heboh pasal cerita Khairul Fahmi dan Elia. Aku hanya mampu membaca tanpa mampu membuat keputusan. Masing-masing tentu ada alasan sendiri kenapa dan mengapa mereka membuat begitu.

Percintaan ibarat perniagaan. Ada risiko untung dan rugi. Andai bernasib baik, kita akan untung. Dan andai tidak bernasib baik, kita akan rugi. Pepatah pula kata, Ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Aih, ada pepatah pula terlintas di pikiran aku sekarang. HAHA...


Tapi apapun yang terjadi dalam hidup, janganlah disesali kerana apa yang berlaku terselindung hikmah yang amat besar.


Aku juga pernah melalui 1 episode percintaan yang sangat melukakan. Mula-mula memang teramat sedih tapi makin lama, semakin banyak keindahan yang aku perolehi. 


Housemates aku masa aku duduk rumah sewa di Shah Alam dulu tahu macam mana kisah aku dulu.  * malu bila diingat kembali * 


Walaupun setelah hampir 3 tahun, tapi kelukaan masih terasa. Aku masih single hingga kini. Ahh nanti sampai masa, nak gak aku citer pasal love story aku. Wakakakaka.... *tak mau sedih-sedih lagi*


Apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuk Fahmi dan Elia. Andai ada jodoh, takkan kemana. 


* Kebahagiaan ibarat rama-rama. Andai semakin laju kita mengejar, rama-rama itu akan semakin jauh terbang. Tetapi andai kita biarkan, rama-rama itu akan kembali kepada kita *


Aku suka dengan doa yang Elia letak di blog dia. Ni doa nya :

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU


Aku penah berdoa dengan doa ni masa aku baru putus dulu. Memang meleleh-leleh ayor mata aku nih.. Hahaha.. Tapi tu dulu lah kan. Sekarang ada gak r sikit-sikit.


Image taken from here


p/s: dengar lah lagu Jangan Salahkan Pertemuan dari Ibnor Reza. Best lagu ni!


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Wednesday, 3 August 2011

Sedih... Tiket Keretapi balik kampung dah habis :(

* Entry ini bukan entry yang wordless *

Anda semua dah baca news hari ni?

Sedih sangat ni. News hari ni membawa berita yang mendukacitakan. Sob sob sob

Kenapa?

1) Macam mana aku nak balik kampung kalau tiket dah habis?
2) Macam mana aku nak beraya nanti?
3) Aku nak beraya dengan sapa nanti?
4) Tiket habis, mak aku nangis rindu aku caner?

Jap jap. Kenapa dengan kamu ni ChekNin?

Toksah banyak cakap, tolong baca berita ni.


Tiket Keretapi Ke Pantai Timur Habis Dijual

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- KTM Berhad hari ini mengumumkan tiket keretapi ke Pantai Timur bagi tempoh 26 hingga 29 Ogos telah habis dijual.

KTM Berhad dalam satu kenyataan hari ini menyebut penambahan koc bagi laluan tersebut akan dipertimbang dan sebarang pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tiket untuk sektor Utara, Selatan dan Tengah masih boleh dibeli.

Sejumlah 62,304 tiket disediakan bagi penjualan sebelum hari raya, iaitu dari 20 Ogos hingga 30 Ogos, dan sehingga 2 petang ini, sebanyak 27,990 telah dijual.

Baki 34,314 tiket masih boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, tiket beberapa laluan yang habis dijual adalah Kuala Lumpur-Hatyai (Ekspres Senandung Langkawi No 20) bagi tarikh 26 hingga 28 Ogos, Hatyai-Kuala Lumpur (Ekspres Senandung Langkawi No 21, 25-26 Ogos) dan Kuala Lumpur-Tumpat (Ekspres Senandung Wau No 28, 25-29 Ogos).

Turut habis dijual ialah tiket bagi laluan Singapura-Tumpat, tiket Ekspres Sinaran Timur No 14 pada 25 hingga 29 Ogos dan Ekspres Sinaran Timur No 26 (24 -29 Ogos).

-- BERNAMA


Sekian. Wassalam.

Image taken from Google



p/s: Sejak bila aku balik Kemaman dengan keretapi ni?
p/s/s: Sejak bila Kemaman ada keretapi?
p/s/s/s: Ok, aku berangan. Kahkahkah



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Wordless Wednesday - Cabutan Nombor Tak Bertuah


Aku tak dapat apa-apa masa cabutan nombor bertuah. Sokmo gitu. Sedih


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Tuesday, 2 August 2011

Jumble Sale Part 1

Jumble Sale merupakan acara tahunan yang dijalankan di tempat kerja aku ni. Memang sangat meriah. Macam-macam aktiviti yang diadakan. Ada jual-jual, ada pertandingan, ada karok and many more. It was fun!

Jumble Sale yang diadakan setiap tahun ini adalah anjuran BENITA (Persatuan Suri dan Anggota Wanita BERNAMA).  Ia bukan sahaja untuk kakitangan BERNAMA tapi juga boleh disertai oleh orang luar. Macam tempat kerja aku ni berdekatan dengan National Library so kakitangan National Library pun ada join aktiviti kat sini. 

Aktiviti ni boleh mengeratkan silaturahim lah. Sebab masa ni lah kita boleh kenal orang-orang di tempat kerja kita. Even 1 building tapi tak semua kita kenal orang kan. HEHE. 



 Banner untuk Jumble Sale.  Cute jer kan.



Setiap staf dapat kupon kat atas ni. Kupon ni sangat penting. Penting lah sangat kan. Ni kupon untuk cabutan nombor bertuah. Tapi seperti biasalah, takda lah bertuah sangat pun. HEHE. 

Aktiviti-aktiviti yang diadakan pada Jumble Sale ni akan aku ceritakan di next entry yer. Penat dah naip ni. HEHE


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

Sahur pagi tadi

Salam Ramadhan semua. Hari ni masuk hari kedua kita semua berpuasa.



Ni adalah menu sahur aku pagi tadi. Just a simple one for sahur. I just ate dates and Milo.

Biasanya aku jarang nak bangun sahur. Tahun-tahun lepas boleh dikira dengan jari berapa kali aku bangun.

Tapi tahun ni, aku ada housemate yang sangat rajin sahur. Kalau puasa sunat pun, dia memang rajin bangun sahur. So aku dah semakin terikut dengan housemate aku ni. 

Baru hari kedua berpuasa, aku masih bersemangat bangun. Tak tahulah hari-hari berikutnya. KAHKAHKAH. Gelak untuk diri sendiri.

Aku harap aku mampu berpuasa penuh (konon-konon mampu berpuasa penuh. Konon tak kira lah hari yang memang tak boleh puasa tu. HEHE). Sebab aku sekarang ni cepat jer nak angin. Aku risau. Sebab kalau hari tak puasa, kalau lambat makan memang aku cepat angin dan sendawa tanpa henti. Huhu.

Sekianlah cerita sahur ku untuk pagi ni.

Thanks awak sudi jengah dan baca!!!