Friday 12 August 2011

Pelantikan Dr Zaleha sebagai Rektor UIAM - Siapa Kata Wanita Tidak Hebat?

source
Salam Jumaat semua.

Kagum! 


Hebat!


Sapa kata wanita tidak hebat? 

Tengok seperti contoh di atas. Aku sangat kagum dengan wanita ini. Sungguh, setiap wanita ada kelebihan masing-masing. Setiap kelebihan dan kehebatan yang dimiliki oleh wanita kadangkala tidak dapat disangkal oleh lelaki.

Kehebatan wanita memang tidak dapat disangkal lagi. 


Sebagai contoh:

1) CLEOPATRA - Cleopatra yang terkenal pada zaman Mesir kuno, merupakan seorang wanita yang  mampu menakluki para lelaki bukan dengan pedang, bukan dengan tombak, bahkan lelaki sampai rela berlutut di depannya hanya dengan sifat kewanitaannya. Hebat kan?


2) MUMTAZ - Bila sebut Taj Mahal, tentu kita akan ingat Shah Jehan dan Mumtaz. Bukan Mumtaz Jaafar. Hehe. Taj Mahal memang sangat popular dan ianya merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kenapa terbinanya Taj Mahal? Kerana Taj Mahal merupakan lambang cinta seorang suami terhadap isterinya. Hebat kan wanita ini? 


3) ASMA ABU BAKAR - Siapa Asma Abu Bakar ni? Beliau merupakan penghantar makanan kepada ayahnya, Abu Bakar dan Rasullullah s.a.w ketika mereka bersembunyi di Gua Tsur. Keberanian dan kecerdasan otak sangat perlu demi memastikan dirinya (Asma Abu Bakar) supaya tidak dapat dikesan oleh musuh Allah. Hebat kan?


4) ASIAH - Asiah merupakan isteri kepada Firaun yang sangat zalim dan mengaku dirinya Tuhan. Asiah adalah seorang wanita, tetapi dia tidak menentang Firaun, suaminya, dengan kelemahan fizikal, tetapi dia menentang dengan kekuatan hatinya yang telah dipenuhi oleh cahaya keimanan sehingga menjadikan Firaun lemah di hadapannya. Asiah adalah wanita yang beriman kepada Allah dan terlepas dari kekufuran Firaun. Wanita ini teguh mempertahankan imannya, walaupun diseksa dan diikat pada empat tiang dan dicemeti hingga menemui syahidnya dalam keadaan tersenyum. Hebat kan?


5) SUMAYYAH - Pernah dengar lagu Hijjaz bertajuk Sumayyah? Lagu nasyid ini menceritakan kisah Sumayyah dan keluarganya yang dibunuh semata-mata kerana mempertahankan Islam. Sumayyah, yang merupakan anak yatim piatu, merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil. 

Perwatakannya yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanyalah seorang hamba. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu terawal yang memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di Mekah. 

Sumayyah diseksa oleh Abu Jahal dengan tubuhnya ditikam dengan tombak dan dicarik-carik. Namun Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid. Sumbangannya kepada agama amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam. Ini kerana Sumayyah berani menyatakan yang hak dan beliau juga sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Selain itu, Sumayyah juga memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam mempertahankan agama Islam dan memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan. 

Sesungguhnya, Sumayyah adalah wanita yang berjiwa perkasa! Hebatkan wanita ini. 

* source: Novel Ranting Cinta Si Plato oleh Norhayati Berahim




p/s: Aku juga ingin menjadi wanita hebat. InsyaAllah.
p/s/s: Maaf, entry ni panjang sket. Tak macam entry sebelum-sebelum ini. Sorry

= = = = = = = = = =


KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menganggap pelantikan Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai detik bersejarah bagi kaum wanita Malaysia.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ia mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap kepimpinan golongan wanita yang mampu melonjak negara ke tahap lebih tinggi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepada golongan wanita dalam menerajui sebuah universiti bertaraf antarabangsa.

"Ini sekaligus membuktikan wanita Malaysia mempunyai kebolehan untuk menerajui organisasi dan institusi dalam pelbagai bidang, sama ada pentadbiran, ekonomi atau pendidikan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pelantikan Zaleha, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat tempoh sebagai rektor pada 1 Jun lalu.

-- BERNAMA 


= = = = = = = = = =
Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

8 comments:

  1. Eb,
    nina pun bangga dengan Eb. :)

    ReplyDelete
  2. wanita skang lebih berjaya dari lelaki ^_"

    ReplyDelete
  3. i polo U..
    kenal dari blog eb..

    nureen pon tumpang berbangga.. ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah dr..buktikan pelantikan itu tepat

    ReplyDelete
  5. NM02: betul tu. Memang wanita sekarang makin berjaya dan mmg dapat dibanggakan. :)

    Nureen: thanks follow saya. semoga perkenalan kita bukan sampai di sini sahaja.

    Redza: :)

    ReplyDelete

Tinggal Jejak