Thursday 4 August 2011

Kad Hawa dan Insurans

Peringatan! Aku bukan penjual Insurans. Take note.. hehe

Perghh siap buat merah bold lagi dekat peringatan tu. Bukan ape, saja nak stress kan bahawa aku bukan nak jual insurans pung.

Pagi tadi aku ada terbaca pasal Kad Hawa ni. Menarik jugak pasal Kad Hawa ni.

Ok, sebelum kita pergi lebih lanjut, masih ada lagi ker yang tak ada insurance? Jangan wooo.. Insurance sangatlah penting sekarang ni. 

Ada dua kejadian yang membuatkan aku rasa insurance sangat penting. Apakah? 

Kejadian 1:
Anak office mate aku masuk Hospital Pusrawi. Mak aihh mahal bebenor bil hospital dia. Nama office mate aku ni Kak Yong. Kak yong cakap, dia bernasib baik sebab ada insurance. So insurance cover bil yang berjumlah RM4k++ tu. Fuh Tanjat Boboi... Kak yong kata, mana nak ambil duit sebanyak RM4k++ tu if insurance tiada. Alhamdulillah.

Kejadian 2:
Pakcik aku eksiden. Eksiden tu sangat teruk tapi alhamdulillah, pakcik aku ok. Masa pemeriksaan kesihatan selepas eksiden tu, pakcik aku disahkan ada brain tumor. Ya Allah, semua orang terkejut sebab brain tumor pakcik aku dah di peringkat ke4. Pakcik aku ingatkan selama ni dia sakit-sakit kepala sebab migrain tapi rupa-rupanya adalah sebaliknya. Pakcik aku di warded lah. Baru 2 minggu lepas pakcik aku kuar wad di HKL. Masa aku pergi melawat dia, dia cerita dengan aku bahawa beliau sangat menyesal sebab tak ambil insurance dari dulu. Sekarang ni, bila dah sakit, memang chances dia untuk ambil insurance sangat rendah. Sebab syarikat insurance takkan terima bila seseorang tu dah sakit. 

So, dua kejadian di atas ni menyebabkan aku berfikir, lebih elok kiranya aku ada insurance. Biarlah keluar duit bulan-bulan pung. Tak rugi keluarkan RM150 sebulan untuk insurance sebab orang kata, sediakan payung sebelum hujan kan. Kita takkan tahu nasib kita pada masa akan datang. 


= = = = = = = = = =

Kad Hawa Tawar Perlindungan Insurans Hingga RM10,000

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Golongan wanita berumur 18 hingga 45 tahun kini berpeluang mendapat perlindungan insurans sehingga RM10,000 menerusi pemilikan Kad Hawa dengan kadar bayaran permulaan sebanyak RM10.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata Kad itu meliputi perlindungan ragut, kematian akibat kemalangan atau hilang keupayaan kekal, kehilangan wang tunai dan barang peribadi berharga serta rompakan di Mesin Pengeluaran Wang (ATM).

"Walaupun jenayah ini diklasifikasi sebagai jenayah kecil, ia juga boleh membawa maut seperti beberapa kes yang mendapat liputan akhbar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Hawa itu di sini.

Beliau berkata program dengan kerjasama RealRewards itu diperkenalkan khas bagi melindungi wanita yang sering menjadi sasaran utama dalam jenayah itu dan ia juga seiring dengan kempan Banteras Ragut dan Rogol (B2R) yang diperkenalkan pergerakan itu baru-baru ini.

Rosnah berkata perlindungan insurans untuk tahun pertama adalah percuma dan pemegang kad perlu memperbaharui kad itu untuk tahun seterusnya.

Selain itu, beliau berkata pemegang kad juga dapat mengumpul mata ganjaran dan memperoleh diskaun dari 1,300 rakan niaga RealRewards, antaranya KK Home Deco, Cars International, KL Bird Park dan beberapa syarikat produk kecantikan.

-- BERNAMA

= = = = = = = = = = 

Kepada yang masih tiada insurance, sementara sihat ni, aku nak nasihatkan better anda semua ambil insurance. Memang waktu ni kita tak nampak lagi akan kepentingan insurance tapi in future, who knows. 

Malang tidak berbau ! Sediakan payung sebelum hujan. 

Sekian :)


Image taken from here


p/s: Menarik juga Kad Hawa ni. Mau jugak!!!


Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

2 comments:

  1. tadi akak try tgk link adik tapi x der .. akak lak x simpan :)

    hermm tgk dlm shout tuu baru ada .. :))

    ReplyDelete
  2. akak.... aritu saya tukar link sbb tu jadi macam ni. thanks akak sudi bgitau..

    ReplyDelete

Tinggal Jejak