Wednesday 13 July 2011

Anda Mencari Kerja? Amik peluang ni....

Aku syukur sangat-sangat sebab selepas habis belajar, terus di offer kerja.  Aku praktikal dan kerja di company yang sama.  Orang kata, REZEKI kan.  Alhamdulillah... Kebetulan masa aku habis praktikal tu, supervisor aku terus offer kerja sebab kebetulan ada kosong.  Aku pun amik lah peluang ni. Tak semua orang dapat peluang macam aku kan.

Aku suka baca news. Almaklumlah, aku kan kerja di News Agency so orang kata, kalau tak baca news, memang tak patut lah kerja di sini kan.  Sebab kawan-kawan aku suka tanya aku apa berita latest. Adoi...
So tadi aku terbaca pasal berita ni. Kepada yang berada di Kuantan, pergilah reramai yer. Yang dah kerja, boleh lah cari kerja yang better. Yang tak kerja, take this for granted.  



KUANTAN, 13 Julai (Bernama) -- Karnival Kerja Pemuda BN 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 15 Julai ini di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith, di sini bakal menawarkan 7,000 peluang pekerjaan.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Nazir Hussin Akhtar Husin berkata karnival berkenaan akan melibatkan penyertaan 150 pelbagai syarikat dan agensi swasta dan kerajaan.

"BN Youth Job Fair (Karnival Kerja Pemuda BN) itu akan dirasmikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, karnival berkenaan bermula 10 pagi hingga 8 malam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda pergerakan itu, berkata pihaknya menganggarkan 90,000 warga Pahang akan merebut peluang mencari pekerjaan sempena karnival itu.

Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga akan turut serta pada karnival berkenaan menerusi program Skim Latihan 1Malaysia.

Bakal-bakal graduan juga boleh mendaftar menerusi Skim Latihan 1Malaysia, menerusi skim itu mereka yang berkelulusan diploma akan diberikan elaun latihan sebanyak RM900 sebulan, manakala ijazah sarjana muda sebanyak RM1,200 sebulan.

"Tempoh latihan adalah selama setahun dan sekiranya syarikat GLC terlibat berpuashati, mereka akan diserapkan terus sebagai pekerja tetap," katanya.

Selain peluang pekerjaan, pelbagai program seperti persiapan untuk menghadiri temuduga, tatacara membuat profil peribadi, serta program berkenaan latihan kerja juga akan turut diadakan.

"Selain itu kaunter aduan mengenai pekerjaan juga akan dibuka bagi membolehkan mereka yang bermasalah dalam bidang pekerjaan mendapat khidmat nasihat. Kaunter dibuka bermula 9.30 pagi hingga 7 petang sepanjang karnival berkenaan berlangsung," katanya.

-- BERNAMA

p/s: SELAMAT MENCARI KERJA. REBUT PELUANG INI. yeay!



Thanks awak sudi jengah dan baca!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggal Jejak